Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘ADUN’

Semalam hujan turun dengan lebatnya di negeri Pulau Pinang. Rasanya hampir sebulan di negeri ini mengalami musim yang sangat panas tetapi tidak sampai mengalami kemarau. Hujan yang lebat semalam juga telah menyejukkan persekitaran serta menyegarkan udara di awal pagi yang sukar dihirupi pada bulan lepas.

Perkara yang berbeza di negeri Pulau Pinang di sudut politik masa kini. Suasana menjadi semakin panas apabila ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang I, Fairus Khairuddin mengisytiharkan keluar daripada PKR selepas Datuk Zahrain melakukannya. Tee Beng telah mengisytiharkan dirinya calon bebas manakala Fairus telah menyertai UMNO.

Perkara yang menarik di sini apabila Fairus dikatakan melakukan solat sunat istiqarah selama 3 bulan untuk mendapat petunjuk keluar daripada PKR namun tidak pula dikatakan mendapat petunjuk untuk masuk UMNO daripada solatnya. Alangkah malangnya dirinya sekiranya perkara tersebut benar kerana mungkin keputusan solat tersebut telah menyelamatkan dirinya daripada dihina, tetapi tindakannya masuk UMNO telah membawanya benar-benar kepada kehinaan.

Entah la sapa lagi pula yang bakal mengikut jejak langkah mereka. Dengar kata lebih 10 orang yang akan keluar daripada menjadi ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk mereka. Nampaknya mereka lebih berminat mengejar keuntungan yang sementara. Apa pun terjadi, kepada warga Pakatan Rakyat teruskan kerja-kerja untuk merampas negara ini daripada terus dizalimi.

Read Full Post »

Satu pilihanraya kecil bakal diadakan di DUN seputih setelah mahkamah mengarahkan SPRM bertindak sedemikian. Rujuk sini. Ini bermakna piliharaya kecil yang ke-10 akan diadakan selepas pilihanraya umum ke-12.

Persoalan sekarang adakah SPRM akan membuat rayuan atas kes ini sepertimana Si Zambry menggunakannya? Sama-sama kita nantikan.

P/S: Boleh agak kalau ada keputusan rayuan kalau diadakan

Read Full Post »

Alahai si Camry, ops Zambry

Menteri Besar Perak yang tidak diiktiraf rakyat, Zambry Abd. Kadir menuduh pembangkang macam burung unta. Rujuk sini. Katanya yang dia tidak menuduh sesiapa menconteng dan menyimbah wajahnya tetapi pemimpin pembangkang menafikan tindakan tersebut dilakukan pembangkang. Boleh percayakah dia tak tuduh?

P/S: Tentu lebih lawa rupa yang diconteng

Read Full Post »

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato’ Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Beliau merupakan ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang dan meruapakan YB yang amat disenangi dan disayangi di sini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah

Read Full Post »

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah
(Rujuk sini)

Read Full Post »