Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Perniagaan’ Category

Oleh: Suzardi M {Pakdi}


Sewa dahulu atau beli?

Pembelian rumah selalunya perbelanjaan yang paling besar dalam hidup kebanyakan kita. Jadi kita perlu tahu cara yang betul untuk menghadapinya.

Berikut adalah panduan untuk orang muda. Iaitu:

a. Orang yang masih bujang.
b. Orang yang baru berkeluarga
c. Orang yang baru mempunyai satu / dua anak

Rumah untuk kita duduk adalah satu liabiliti. Setiap bulan kita membayar sendiri ansuran / sewa rumah tersebut dengan gaji bulanan kita, maka perancangan yang baik perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan kita tidak membayar lebih dari sepatutnya untuk liabiliti ini.

Salah satu pendekatan adalah membeli rumah / apartment yang sederhana sahaja luasnya. Cukup dengan rumah / apartment yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang cukup untuk kita anak beranak berteduh. Rancang untuk mendiami rumah tersebut sehingga anak kita bersekolah darjah satu. Selepas itu baru berpindah ke rumah yang lebih besar yang baru kita beli.

Barangkali ada yang berpendapat, kalau gabung pendapatan suami isteri barangkali dapat beli rumah yang lebih luas dan besar. Maklumlah, kalau pendapatan sendiri barangkali boleh beli rumah yang bernilai kira-kira RM 250,000 tetapi dengan bergabung pendapatan boleh beli sehingga RM 500,000! Bagi kebanyakan kita, hartanah adalah pembelian paling besar dalam hidup mereka. Justeru, alang-alang membeli biar puas hati.

Memang tiada masalah untuk terus beli rumah besar sekiranya kita mempunyai pendapatan lain selain gaji, tetapi sekiranya kita hanya ada gaji untuk hidup dari bulan ke bulan, maka inilah yang saya cadangkan. Banyak lagi yang perlu kita buat dengan pendapatan kita selain membayar liabiliti tersebut untuk 30 tahun, khususnya untuk digunakan sebagai modal pelaburan yang boleh memberikan kita hartanah yang lebih besar.

Rumah Yang Kita Duduk Adalah Beban

Read Full Post »

oleh Rahman Basri

Pendapatan Aktif:
———————-
Mohd dibayar berdasarkan masa anda bekerja. (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

 

Pendapatan Pasif:
———————-
Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)

(more…)

Read Full Post »

Oleh Rahman Basri

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya dan bagaimana kita tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah. Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.

(more…)

Read Full Post »

Oleh: Aqif Azizan

Image

Laporan dari laman web Mashable menyatakan,

“Content marketing adalah strategi popular yang digunakan oleh pemilik bisnes dari pelbagai industri pada tahun 2013.

Di setiap konferens berkaitan topik pemasaran, topik content marketing menjadi perhatian.

Untuk pemilik bisnes di Facebook, content marketing pada tahun 2014 merujuk pada:

(more…)

Read Full Post »

Strategi 5 Factor – Teknik Tingkatkan Jualan Dengan SMS
Oleh Aqif Azizan

Mobile mail. Hi-res digitally generated image.

Guna handphone dan SMS untuk berurusan dengan pelanggan?

Teknik ini akan membantu kita tingkatkan jualan dengan usaha yang kecil. Telefon bimbit atau telefon pintar adalah alat berteknologi yang sentiasa hampir dengan poket pelanggan.

Manusia sentiasa membawa telefon bimbitnya atas beberapa tujuan yang konkrit seperti:

1) Mahu berhubung dan berkomunikasi menerusi fungsi SMS atau Call.

2) Mahu menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu di dalam telefon bimbit, bagi memenuhi keperluan diri.

Bagi orang-orang bisnes, alat teknologi seperti ini ibarat lubuk emas yang menguntungkan apabila dapat dimaksimumkan sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, soalan yang biasa keluar dari mulut orang bisnes adalah,

“Bagaimana untuk tingkatkan jualan dengan SMS?

Adakah terdapat skrip-skrip jualan tertentu yang boleh digunakan untuk memikat pelanggan?”

(more…)

Read Full Post »

Oleh: Rosli Baharuddin

handshake

Antara perkara utama yang diambil kira oleh bakal pembeli ialah berkenaan dengan harga yang kita tawarkan kepada mereka. Sebagai usahawan walaupun ianya agak memeningkan tetapi kita perlu tahu bahawa harga sememangnya antara faktor penting dalam setiap jualan.

Sebagai usahawan yang menjadi orang tengah dalam urusan jualan, kadangkala kita tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan harga barang kerana ia bergantung sepenuhnya kepada pengeluar atau pembekal barangan. Kita hanyalah terlibat dalam aktiviti menjual barangan tersebut sahaja.

Inilah antara perkara yang sentiasa berlaku ketika proses jualan terutamanya semasa berhadapan dengan penolakan jualan serta kegiatan tawar-menawar daripada bakal pembeli. Sebagai seorang jurujual, kita terpaksa bermati-matian untuk pertahankan harga yang ditetapkan oleh pengeluar barangan.

Jika ianya berlaku kepada kita, ambillah pendekatan terbaik dan berhemah untuk mempertahankan harga yang kita tawarkan kepada mereka. Walaupun menyedari bahawa penolakan akan terjadi tetapi kita harus tabahkan hati menegakkan prinsip kita sebagai jurujual dan menerangkan sejelas-jelasnya bahawa harga jualan tertakluk kepada pihak pembekal dan pengeluar produk.

4 Cara Atasi Penawaran Harga Dari Pengguna

(more…)

Read Full Post »

Oleh Rahman Basri

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah. Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »