Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 14th, 2014

Oleh: Suzardi M {Pakdi}


Hati-hati!

Rancang wang (dan hutang) dari sekarang!

Barangkali kita tidak pernah merancang bila sepatutnya berhutang. Tahu-tahu sahaja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja.

Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang dan ianya bersifat hutang lapuk (bad debt):

1. Hutang kerana perkahwinan

Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling kurang RM 20,000 – RM 30,000.

Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.

2. Hutang membeli kenderaan

Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut. Awas! Ketahui cara-cara membeli kereta dengan bijak dalam ebook Panduan CashFlow.

3. Hutang kad kredit

Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja. Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.

4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)

Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.

Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu.

Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk membesarkan anak-anak.

5. Hutang membeli kelengkapan rumah

Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 1500 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?

Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!

Advertisements

Read Full Post »