Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 10th, 2014

oleh Pakdi

Setiap penyakit ada simptom tertentu.

Penyakit berkaitan wang pun ada simptom tersendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan

1. Menambah bilangan kad kredit
Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu terus hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, kita pun cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank pula.

2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja
Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah. Bayar pula tidak ikut masa, kena pula penalti. Aduh. Hutang makin bertambah!

3. Usik akaun simpanan
Tabungan memang ada. Mula-mula memang rajin menyimpan. Masa bujang dulu, komitmen masih kecil. Tetapi bila sudah beli kereta, beli kamera dengan kad kredit, beli laptop dengan kad kredit, belanja kahwin secara berhutang, maka simpan bila ada lebih sahaja. Bila perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan, maka mula lah usik akaun simpanan untuk bayar itu dan ini.

4. Bergilir bayar bil bulanan
Bil api, air, ASTRO, telefon, internet. Eh, tapi bila lambat bayar sebulan dua bukan kena potong terus pun. Jadi, boleh la bayar bil bergilir-gilir.

5. Tidak boleh tidur malam
Hutang jika tidak diuruskan dengan betul, boleh menyebabkan hidup kita tidak tenang. Barangkali kerja pun mula tidak fokus dan tidur pun jadi tidak lena kerana banyak memikirkan hutang dan masalah kewangan lainnya. Ini memang bahaya!

6. Bergaduh dengan pasangan
Kes-kes penceraian ada banyak berkaitan dengan isu harta. Na’uzubillah. Jadi, bila ada masalah kewangan, hutang, maka kita perlu bawa berbincang dengan suami-isteri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ia mesti dibincangkan secara terbuka dan bukan simpan sahaja sampailah hanya menunggu masa untuk meletup.

7. Mencari “easy” loan
Kad kredit sudah jadi koleksi dalam dompet. Pembiayaan peribadi juga sudah buat overlapping. Tetapi masalah wang masih tidak selesai. Kita pun mencari-cari peluang skim pinjaman dan pembiayaan mudah yang tidak perlu tengok CCRIS, CTOS, blacklist dan sebagainya. Silap haribulan, meminjam dengan along. (Kami cuma mau tolong maa!)

Masa Kaya Sebelum Miskin

Jangan tunggu menghadapi situasi-situasi di atas baru mahu cari ilmu kewangan. Penuhkan ilmu kewangan di dada saat poket kita masih sihat lagi. Nabi Muhammad saw berpesan ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan salah satunya adalah, “Masa kaya sebelum miskin.”

Jom Haria!

Advertisements

Read Full Post »