Feeds:
Posts
Comments

Oleh: Suzardi M {Pakdi}


Jangan beli kereta dulu.

Kes muflis paling banyak di Malaysia disebabkan hutang kereta. Sebab itulah, mentor saya – bukan seorang, tapi dua orang mentor saya sebut perkara yang sama. Kedua-duanya pelabur dan juga orang bisnes yang berjaya. Jadi sudah tentu ia bukan omong-omong kosong.

“Saya lagi suka tengok anak muda macam kamu pakai kereta buruk dulu, asap berkepul-kepul keluar. Mudah nak berjaya orang macam tu.”

Kereta adalah liabiliti. Hutang lapuk. Jangan beli kereta sekiranya kita hanya mampu bayar duit ansuran bulanan, tetapi terlupa kira kos petrol, kos takaful, kos servis, kos maintenance, kos spare part, kos parking, kos tol dan kos-kos lain.

Jangan habiskan 30%-50% duit gaji kita setiap bulan hanya untuk kos kereta. Itulah maksud mentor-mentor saya tu. Kalau buat juga, memang … [isi tempat kosong sendiri]. Tapi kalau lepas saya beritahu hal ini dan nak habiskan juga duit gaji semudah itu, teruskan… tapi jangan emel kepada saya untuk tahu cara-cara keluar dari hutang selepas itu ya.

“Maaflah kalau terasa, tapi itulah hakikatnya. Bukan marah, tapi nasihat.” Kata mentor-mentor saya.

Nak poket tebal pastikan kita faham perkara asas macam ni. Saya sendiri masih menunggang skuter 135c.c kalau masuk KL pagi-pagi hari kerja. Fuh. Cepat & jimat! Saya tak kisah orang nak kata saya orang miskin ke sebab naik skuter buruk je. Hutang saya ada diorang nak tolong bayar?

Tapi ada caranya untuk membeli kereta dengan bijak. Beli kereta tanpa menggunakan duit gaji kita sendiri. Bukan susah. Mahu tak mahu je. Dah la tak pakai duit gaji sendiri, dapat pula simpanan mencecah RM 50,000! Tak mahu ke?

Jom Haria!

Sewa Atau Beli Rumah?

Oleh: Suzardi M {Pakdi}


Sewa dahulu atau beli?

Pembelian rumah selalunya perbelanjaan yang paling besar dalam hidup kebanyakan kita. Jadi kita perlu tahu cara yang betul untuk menghadapinya.

Berikut adalah panduan untuk orang muda. Iaitu:

a. Orang yang masih bujang.
b. Orang yang baru berkeluarga
c. Orang yang baru mempunyai satu / dua anak

Rumah untuk kita duduk adalah satu liabiliti. Setiap bulan kita membayar sendiri ansuran / sewa rumah tersebut dengan gaji bulanan kita, maka perancangan yang baik perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan kita tidak membayar lebih dari sepatutnya untuk liabiliti ini.

Salah satu pendekatan adalah membeli rumah / apartment yang sederhana sahaja luasnya. Cukup dengan rumah / apartment yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang cukup untuk kita anak beranak berteduh. Rancang untuk mendiami rumah tersebut sehingga anak kita bersekolah darjah satu. Selepas itu baru berpindah ke rumah yang lebih besar yang baru kita beli.

Barangkali ada yang berpendapat, kalau gabung pendapatan suami isteri barangkali dapat beli rumah yang lebih luas dan besar. Maklumlah, kalau pendapatan sendiri barangkali boleh beli rumah yang bernilai kira-kira RM 250,000 tetapi dengan bergabung pendapatan boleh beli sehingga RM 500,000! Bagi kebanyakan kita, hartanah adalah pembelian paling besar dalam hidup mereka. Justeru, alang-alang membeli biar puas hati.

Memang tiada masalah untuk terus beli rumah besar sekiranya kita mempunyai pendapatan lain selain gaji, tetapi sekiranya kita hanya ada gaji untuk hidup dari bulan ke bulan, maka inilah yang saya cadangkan. Banyak lagi yang perlu kita buat dengan pendapatan kita selain membayar liabiliti tersebut untuk 30 tahun, khususnya untuk digunakan sebagai modal pelaburan yang boleh memberikan kita hartanah yang lebih besar.

Rumah Yang Kita Duduk Adalah Beban

Oleh: Suzardi M {Pakdi}


Hati-hati!

Rancang wang (dan hutang) dari sekarang!

Barangkali kita tidak pernah merancang bila sepatutnya berhutang. Tahu-tahu sahaja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja.

Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang dan ianya bersifat hutang lapuk (bad debt):

1. Hutang kerana perkahwinan

Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling kurang RM 20,000 – RM 30,000.

Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.

2. Hutang membeli kenderaan

Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut. Awas! Ketahui cara-cara membeli kereta dengan bijak dalam ebook Panduan CashFlow.

3. Hutang kad kredit

Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja. Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.

4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)

Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.

Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu.

Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk membesarkan anak-anak.

5. Hutang membeli kelengkapan rumah

Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 1500 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?

Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!

oleh Rahman Basri

Pendapatan Aktif:
———————-
Mohd dibayar berdasarkan masa anda bekerja. (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

 

Pendapatan Pasif:
———————-
Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)

Continue Reading »

oleh Pakdi

Setiap penyakit ada simptom tertentu.

Penyakit berkaitan wang pun ada simptom tersendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan

1. Menambah bilangan kad kredit
Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu terus hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, kita pun cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank pula.

2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja
Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah. Bayar pula tidak ikut masa, kena pula penalti. Aduh. Hutang makin bertambah!

3. Usik akaun simpanan
Tabungan memang ada. Mula-mula memang rajin menyimpan. Masa bujang dulu, komitmen masih kecil. Tetapi bila sudah beli kereta, beli kamera dengan kad kredit, beli laptop dengan kad kredit, belanja kahwin secara berhutang, maka simpan bila ada lebih sahaja. Bila perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan, maka mula lah usik akaun simpanan untuk bayar itu dan ini.

4. Bergilir bayar bil bulanan
Bil api, air, ASTRO, telefon, internet. Eh, tapi bila lambat bayar sebulan dua bukan kena potong terus pun. Jadi, boleh la bayar bil bergilir-gilir.

5. Tidak boleh tidur malam
Hutang jika tidak diuruskan dengan betul, boleh menyebabkan hidup kita tidak tenang. Barangkali kerja pun mula tidak fokus dan tidur pun jadi tidak lena kerana banyak memikirkan hutang dan masalah kewangan lainnya. Ini memang bahaya!

6. Bergaduh dengan pasangan
Kes-kes penceraian ada banyak berkaitan dengan isu harta. Na’uzubillah. Jadi, bila ada masalah kewangan, hutang, maka kita perlu bawa berbincang dengan suami-isteri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ia mesti dibincangkan secara terbuka dan bukan simpan sahaja sampailah hanya menunggu masa untuk meletup.

7. Mencari “easy” loan
Kad kredit sudah jadi koleksi dalam dompet. Pembiayaan peribadi juga sudah buat overlapping. Tetapi masalah wang masih tidak selesai. Kita pun mencari-cari peluang skim pinjaman dan pembiayaan mudah yang tidak perlu tengok CCRIS, CTOS, blacklist dan sebagainya. Silap haribulan, meminjam dengan along. (Kami cuma mau tolong maa!)

Masa Kaya Sebelum Miskin

Jangan tunggu menghadapi situasi-situasi di atas baru mahu cari ilmu kewangan. Penuhkan ilmu kewangan di dada saat poket kita masih sihat lagi. Nabi Muhammad saw berpesan ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan salah satunya adalah, “Masa kaya sebelum miskin.”

Jom Haria!

Oleh Rahman Basri

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya dan bagaimana kita tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah. Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.

Continue Reading »

Asas-asas Pelaburan Saham

Oleh Azhar Mohd Mokhtar

Image

1. Menetapkan matlamat kewangan anda
Melabur sebenarnya bermaksud membuat wang bekerja untuk anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Oleh itu, sebelum mula melabur, anda perlu menetapkan matlamat kewangan anda dengan bertanya kepada diri sendiri “Apakah jenis pulangan yang saya harapkan berdasarkan keperluan kewangan saya?”

Matlamat yang anda tetapkan haruslah realistik, munasabah dan boleh diukur. Sebagai contoh, menetapkan sasaran pulangan 8% setahun bolehlah dianggap munasabah dan sesuatu yang boleh diukur. Manakala, menetapkan sasaran seperti “Saya mahukan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan pulangan rakan-rakan saya” pula adalah suatu sasaran yang tidak cukup khusus.

Continue Reading »