Feeds:
Posts
Comments

Pilihanraya kecil lagi

Satu pilihanraya kecil bakal diadakan di DUN seputih setelah mahkamah mengarahkan SPRM bertindak sedemikian. Rujuk sini. Ini bermakna piliharaya kecil yang ke-10 akan diadakan selepas pilihanraya umum ke-12.

Persoalan sekarang adakah SPRM akan membuat rayuan atas kes ini sepertimana Si Zambry menggunakannya? Sama-sama kita nantikan.

P/S: Boleh agak kalau ada keputusan rayuan kalau diadakan

Utusan MeLAYU hari ini melaporkan Nik Aziz, menantu didesak letak jawatan. Rujuk sini. Dalam berita tersebut ketua pemuda UmNO Kelantan, Anuar Safiyan dengan kekuatan tak sampai 10 orang tenaga pemuda (upah kot?) menyerahkan memorandum kepada SPRM berhubung Tok Guru menerima tajaan ke haji.

Adakah wajar tindakan dia ini? Adakah dia tidak cermin partinya sendiri sebelum melakukan tindakan ini. Umpama kerja pergi dulu, otak datang kemudian.

P/S: Banyak memorandum nak kena buat kalau nak buat untuk pemimpin-pemimpin UmNO

Dah banyak kerja

Dah tahu banyak kerja tetapi masih sempat menulis blog. Emm… Mungkin tabiat yang tidak baik. Namun jika sekiranya terlalu tepu berfikir, rasanya elok berehat seketika. Kita mampu melakukan kerja-kerja yang kita kena terima. Ini dibuktikan melalui firman Allah SWT; “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Al-Baqarah:286). Oleh itu perlu kita merancang kerja kita sebaik mungkin kerana kegagalan merancang kita mengundang kepada merancang untuk gagal.

P/S: Jangan suka-suka terima kerja selepas dah tahu ada banyak kerja

Lamanye tak menulis

Semenjak minggu akhir kerja hingga ke hari ini… Ingat tak kerja makin tak ada kerja, rupanmya makin banyak kerja. Setiap hari menaip minit mesyuarat dan sediakan surat. Macam setiausaha syarikat la pulak. Lepas ni boleh sambung bidang pengurusan la :-p

P/S: Cadang nak sertai kumpulan bloggers Penerangan PAS Pusat, Tengok keadaan macam ni tak jadi la pulak…

Malaysia tak ada pakar ka?

Berita terbaru tentang inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini melaporkan yang 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri. Rujuk sini dan sini. Keterangan ini dilaporkan oleh forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan. Jika baca cara beliau memberi keterangan pun memang boleh percaya beliau adalah seorang yang pakar dan telus dalam memberi hasil laporan apa yang dinilai berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang ada. Adakah perkara ini tidak dapat dikesan oleh pakar forensik negara ini? Atau masih tercari-cari orang mati yang akan dijadikan ‘mangsa’ kedua capp jari yang dijumpai. Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tindasan orang-orang yang zalim.

P/S: Cuba cari dalam surat khabar melayu tengok. Ada tak berita ni

Kononnya nak tunjuk baik

Sedih membaca berita terbaru tentang bekas tahanan ISA, Abdul Jamal Azhari yang dikatakan bebas April lalu kini berada di penjara Manila atas dakwaan terlibatan dengan pejuang Moro di selatan Filipina. Rujuk sini. Berita ini tentu tidak dihebah kepada umum untuk menunjukkan betapa baiknya KERAjaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia. Sekiranya mereka betul-betul ikhlas hendak membebaskan tahanan rakyat Malaysia ini sudah tentu mereka akan perjuangkan pembebasan hamba Allah ini di Filipina. Semoga Allah SWT membebaskan kita daripada KERAjaan yang zalim.

P/S: Geram yang amat sangat

P/S: Kredit untuk Cikgu Aisyah yang meletakkan filem ini dalam blognya. Saya tumpang ambil saja…

Older Posts »